Ada sorang dua kawan ak (hrp2 ada la) tanya kenapa ak xupdate blog. Sebenarnya, ak dh beberapa kali bukak blog ak, tp bila nk update, ak xtau apa yg ak nk update. Xda cerita baru yg best utk dikongsi. So mlm ni tetiba ada feel plak nk update blog.
Hujung Januari ni umo ak dh 25thn, umo yg sesuai utk kawin. Hehe. Tp calon pn blom ada. (ayat mcm promote diri sendiri).. So ak dh hidop 25tahun, apa yg ak dh kecapi (perkataan simple skit, "dapat") ? Adakah ak puas dgn apa yg ak dpt? Hoh.. Persoalan yg hampir tiada jawapan, tp ak akn jwb setakat yg ak mampu. Sebenarnya membesar sebagai seorang yg bernama En Zulzahar bkn sesuatu yg mudah. Ak sentiasa dikelilingi dan dibelenggu masalah. Tp, ak berusaha keras utk meletakkan semua masalah ak jauh dari diri ak. Dan semuanya ak biarkn tersimpan rapi dlm diri ak. Sebab ak xsuka share masalah ak. Apapn, masalah2 ni yg menjadikn ak mcm mana ak hari ni. Seorang yg betul2 berjimat cermat, kerana masa kecik ak bkn senang, enam adik bradik sekolah serentak..faham2 la..Seorang yg xmudah putus asa, kerana masalah2 tu dh mcm antibiotik dlm badan ak.. Seorang yg cuba melihat masa depan, kerana ak mahu masa depan ak yg terbaik, supaya "in coming" isteri dan anak2 ak hidop senang dan selesa..
Walaupn hampir 25tahun, dan ak masih belum ada ijazah mcm kwn2 sekolah ak, tp ak rasa ak dh berusaha sedaya upaya untuk ke arah itu. Walaupn jln bersimpang2, berliku2, dan siap ada U-turn, tp ak yakin apa yg ak wat adalah jika tidak lebih baik dari kawan2 ak, insyallah sama baik dgn mereka.. Ak masih berpuas hati dgn laluan studi ak.. Lepas degree ni mmg ak akn teros bekerja. Bkn kerana jemu belajar, tp ak rasa dh tiba plak masa ak utk galas tanggungjawab utk bekerja. Tp ak akn berusaha utk mencari peluang belajar selepas ak dpt kerja..
Setelah hampir 25tahun, ak byk mengubah diri ak sesedap rasa mengikut keadaan, dan ada gak ciri2 yg ak kekalkn sepertimana ak yg dulu. Antara yg ak ubah, ak mengubah diri ak supaya menjadi seorang yg yakin bila bercakap di depan khalayak ramai.. Benda ni ak ubah time ak Tingkatan 4, sebab sebelum tu ak ni pendiam la.. So ak heran dan pelik ada kawan ak yg xberusaha utk ubah benda alah ni.. Yg ak kekalkn adalah sifat ak yg sederhana.. Ya, sederhana adalah lebih baik...
Lastly, kepada kwn2 ak yg ada masalah, ak berharap ampa semua bersabar dan cuba hadapi masalah2 tu dgn sebaik mungkin. Jika ampa rasa masalah ampa paling besar dan berat, ak yakin ada org lg bermasah lebih besar dan berat.. Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. Tapi ada plak yg akn tanya, sampai bila kita perlu bersusah? Jawapannya kita akn kekal susah selagimana kita xberusaha utk menyenangknnya. Dah usaha tapi masih xsenang2? Maknanya usaha kita still xcukup ataupn cara kita xbetul..So sama2 kita renungkn...