Monday, November 7, 2011

Squash dan Aku

Sejak bila aku main squash? Time aku semester 3 diploma kat arau.. Aku start main dari bulan Mei 2006, maksudnya dh 5tahun aku main squash.. Semuanya bermula apabila kawan aku si Imran ajak aku main game ni. Soalan pertama yang terkelur dari kepala hotak aku: Apa kes ni main dlm kaca ni..mcm bosan..

Maka bermulalah bibit2 cinta aku dgn sukan ni.. setahun setengah main squash kat uitm arau, memang main belasah ja, lari sesuka hati tanpa ada sebarang teknik yg betul..sungguh hampeh..



Bergambar kat court squash bukit jalil

Aku mula2 serius sikit main squash setelah aku masuk degree kat uitm shah alam.. tambah2 plak kat shah alam ni ada ramai player2 squash wakil negeri.. maka mereka ni la yang ajar aku main squash dengan betul.. tiap2 ari aku main, hampir non-stop..kalau rehat pun seminggu sekali ja.. 3tahun ak main tanpa henti. Mula2 wakil fakulti aku, lama2 wakil uitm masuk tournament2 squash antara universiti dan masuk gak tournament2 open..



Masum uitm team champion



Tapi semuanya tinggal kenangan.. (sila sediakan tisu di sebelah anda).. aku dh xleh main hari2 macam dulu.. semuanya sebab aku telah bekerja kat yong peng, johor.. kat yong peng ni xda court squash.. court squash paling dekat pon 30km dari Yong Peng: kat UTHM Parit Raja.. Dah 3kali aku pi kat UTHM, tapi kecewa sebab court kosong, xda org main squash kat sana walaupun ada 2court kat UTHM..



Kem squash kat UUM



Kegilaan aku bermula..aku gian main squash mcm gian nak isap candu.. tiap2 mlm mimpi2 main squash.. dah 2 bulan peristiwa mistik ni berlaku.. Solution? Hampir setiap minggu aku terpaksa balik shah alam dari yong peng, semata2 nak main squash! kerja gila! shah alam ke yong peng jarak 250km.. kalau naik bas, ak habiskan RM60 pergi dan balik.. kalau aku drive kereta, habis RM120 pergi balik.. So, sabor je la..


Rutin aku, setiap hari jumaat selepas habis kerja pukul 5.30petang, aku terus balik ke shah alam.. sampai shah alam pukul 9malam, terus pergi court squash, main 2jam.. hari sabtu dan ahad aku main kol 5ptg-7ptg.. pukul 9mlm naik bas balik ke yong peng..keja gila, tp puas! aaarrrghhh..


Sempat gak aku tengok nicol david juara world open kali ke-6 semalam..