Thursday, December 20, 2012

Roti Canai Kari Kambing 40 Hari

Hari ni aku nak kongsi maklumat roti canai yang paling sedap penah aku makan.. yaaaa, paling sedap.. Kalau balik ke Johor Bahru, rugi rasanya kalau xsinggah dan x try roti canai kari kambing ni.. Tiap2 hari kedai ni akan dipenuhi dgn pelanggan2 yg ramai, terutama penggemar kari kambing.

Apa menu special kat kedai ni? Tgok la gambar ni, kuah kari kambing yg pekat dan sedap:


Menu special:
1. Roti canai kari kambing
2. Mee rebus (Ada juga mee rebus gear box kambing)

Mcm mana nk ke sini?


1. Dari KL melalui Lebuhraya PLUS, exit tol Yong Peng Utara.
2. Selepas tol, lampu isyarat pertama belok kiri
3. Lampu isyarat ke-2, belok kanan
4. Lampu isyarat ke-3, teruskan pejalanan 9km sehingga jumpa kedai ni di sebelah kanan jalan.


Setiap bulan kedai ini akan tutup 3hari sahaja.. waktu operasi 7pagi - 11pg..so jika nk pastikan kedai ni buka atau tutup, sila hubungi tokei kedai ni 014-6372243.

Kalau anda balik ke JB, singgah la sarapan di kedai ni.. sgt2 sedap dan pengalaman yg menarik..
 

Friday, December 14, 2012

Jadi pengguna kad kredit yang bijak

Assalamualaikum,


Ramai yang kata guna kad kredit ni bw keburukan saja. Tp xramai yg tau mcm mana guna kad kredit, biar bank yang bayar tiap2 bulan kat kita (RM50/bulan) dan kita leh dpt RM50 baucher shopping setiap 2 bulan. Mcm mana?

Aku guna kredit card Maybank2card. Satu Visa dan satu lagi American Express. Walaupun 2 kad, akaun hanyalah satu. Sekali apply, satu service tax kerajaan (RM50/setahun) dan satu statement.. RM50 ni pun boleh dibayar dgn menebus Treats Point dari kad kredit tu.

Penggunaan American Express:

  • 5 x treats points tiap2 hari (contohnya guna RM100 dpt 500 points)
  • 5% cash back utk penggunaan hujung minggu (contohnya guna RM100, kita dpt rm5)
Penggunaan Visa:
  • 1 x treats points tiap2 hari
  • tiada cash rebate
So, gunakan kad kredit American Express Maybank pada hujung minggu hanya utk:
  1. Isi petrol
  2. Bayar bil2
  3. Beli barang dapur bulanan
  4. Shopping barang keperluan lain
Nk dapatkan RM50 sebulan just belanja RM1000/bulan pada hujung minggu sahaja guna American Express Maybank.. siap dapat 5000 threats points bersamaan lebih kurang RM25 baucer beli belah utk ditebus. 

Dengan SYARAT hujung bulan bayar PENUH.. bukan bayar minimum.. Kalau bayar penuh baru bank x boleh charge interest..

Jangan sesekali guna kad kredit kalau xmampu kawal nafsu shopping!

Kesimpulannya, jadilah pengguna kad kredit yang bijak.


Wednesday, November 7, 2012

Genap Setahun



Genap setahun.. genap setahun ak xupdate blog ni..haha.. sebagai seorang blogger, ini adalah satu rekod kekalahan yg paling memalukan..hihi.. mulai hari ni, ak akn cuba aktif semula menulis blog.. harap2 xterkandas dan terbabas lg..

Monday, November 7, 2011

Squash dan Aku

Sejak bila aku main squash? Time aku semester 3 diploma kat arau.. Aku start main dari bulan Mei 2006, maksudnya dh 5tahun aku main squash.. Semuanya bermula apabila kawan aku si Imran ajak aku main game ni. Soalan pertama yang terkelur dari kepala hotak aku: Apa kes ni main dlm kaca ni..mcm bosan..

Maka bermulalah bibit2 cinta aku dgn sukan ni.. setahun setengah main squash kat uitm arau, memang main belasah ja, lari sesuka hati tanpa ada sebarang teknik yg betul..sungguh hampeh..



Bergambar kat court squash bukit jalil

Aku mula2 serius sikit main squash setelah aku masuk degree kat uitm shah alam.. tambah2 plak kat shah alam ni ada ramai player2 squash wakil negeri.. maka mereka ni la yang ajar aku main squash dengan betul.. tiap2 ari aku main, hampir non-stop..kalau rehat pun seminggu sekali ja.. 3tahun ak main tanpa henti. Mula2 wakil fakulti aku, lama2 wakil uitm masuk tournament2 squash antara universiti dan masuk gak tournament2 open..



Masum uitm team champion



Tapi semuanya tinggal kenangan.. (sila sediakan tisu di sebelah anda).. aku dh xleh main hari2 macam dulu.. semuanya sebab aku telah bekerja kat yong peng, johor.. kat yong peng ni xda court squash.. court squash paling dekat pon 30km dari Yong Peng: kat UTHM Parit Raja.. Dah 3kali aku pi kat UTHM, tapi kecewa sebab court kosong, xda org main squash kat sana walaupun ada 2court kat UTHM..



Kem squash kat UUM



Kegilaan aku bermula..aku gian main squash mcm gian nak isap candu.. tiap2 mlm mimpi2 main squash.. dah 2 bulan peristiwa mistik ni berlaku.. Solution? Hampir setiap minggu aku terpaksa balik shah alam dari yong peng, semata2 nak main squash! kerja gila! shah alam ke yong peng jarak 250km.. kalau naik bas, ak habiskan RM60 pergi dan balik.. kalau aku drive kereta, habis RM120 pergi balik.. So, sabor je la..


Rutin aku, setiap hari jumaat selepas habis kerja pukul 5.30petang, aku terus balik ke shah alam.. sampai shah alam pukul 9malam, terus pergi court squash, main 2jam.. hari sabtu dan ahad aku main kol 5ptg-7ptg.. pukul 9mlm naik bas balik ke yong peng..keja gila, tp puas! aaarrrghhh..


Sempat gak aku tengok nicol david juara world open kali ke-6 semalam..



Wednesday, August 10, 2011

Angin satu badan..


Angin..angin..angin..angin satu badan pasal cempedak..



Ak pantang tgok gerai jual benda alah ni!

dh 3 ari ak wat cucur cempedak.. goreng time berbuka, pastu tgh malam goreng lg wat supper.. mananya tidak, Ayo, hosmateku bawa 7bijik cempedak dr kampung.. nk salahkn Ayo xleh gak, ak yg terhegeh2 suh dia bawa cempedak dr kpg.. apalagi, ak pn wat cucur cempedak dan cekodok cempedak..

dh 3 ari melantak cucur cempedak, ak hairan bebeno, xmuak2 gak.. ni la dikatakn kegilaan ak kat cempedak ni.. kalau beli cempedak goreng RM4 kat pasar ramadhan, mmg xcukup la..xpuas.. goreng sendiri, br leh makan smpai lebam..

esk diharap ak jemu terus mkn cempedak, sbb dh tinggal sebiji ja lg cempedak tu yg belum digoreng.. target: bg jemu! mustahil gak tercapai target tu =B


Sunday, August 7, 2011

lebih setahun x update blog

last post pada 2 June 2010.. wuhooo, dh setahun rupanya ak xupdate blog ni.. dh naik sawang.. ak rasa dh masanya ak aktif blik blog ni..

apa yg terpikir dlm otak ak skrg ni? xsemua yg terdetik dlm hati itu adalah betul.. andai betul pn, xsemua yg terdetik itu boleh diwar2kn.. ada kalanya ia harus disimpan ja sampai bila2..

Wednesday, June 2, 2010

Practical training at Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

It had been 4weeks from the first day of practical training which start on 10th May 2010. I'm doing my practical training at Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.

My practical life is quite a tiring routine. Wake up as early as 5.20am on weekdays, left my house at Shah Alam at 6.30am.. phewww, really need such a consistence practice or else you will reach at the office at 10am.. Everyday drive through the Federal Highway which is one of the busiest road in KL/Selangor.. Our ( Azwad, Haziq and Salo do practical at the same place) journey toPusat Bandar Damansara normally takes an hour. Thanks to the Hitz.fm for entertained us during the heavy traffic (the musics and the 2 Gotcha Calls make us smile & laugh).

At the Kementerian Perumahan, we normally check the drawing submitted by the contractors such as sewerage, road and earthwork drawing. The main function of the Kementerian Perumahan is to involved in construction of projek perumahan rakyat, balai bomba and incinerator nationwide.. Previously, we went to Maran, Pahang for the site visit and Balai Bomba Jln Hang Tuah, KL.



Site visit at Maran, Pahang



"Engineers" on site at Balai Bomba Jln Hang Tuah :)


Friday, April 30, 2010

3-months of off..

It was 3months since my last post in this beloved blog. So let's start again....

Saturday, January 30, 2010

the Birth & the Birthday

22january2010, i got my first "anak buah".. my sister safely delivered her first baby, siti nur balqis. Here is some picture of her. Balqis, wait for pak ngah..hehe

At the same time, my brother's car that crashed had been fixed, 70% completed. Still in the workshop at Kapar, Klang..

From this..
Into this..

28February is my birthday, so my housemate bought me a cake..thanks dudes..love u all..

Monday, January 11, 2010

Hancur wira abg aku





2hb Januari lepas, punya la best sbb ptptn dh masok.. dok best guling2, tetiba ada plak benda yg xbest jd..kereta wira abg ak yg ak bw mai shah alam accident. Sepupu ak yg bawa, langgar pokok. Sepupu ak alhmdulillah xcedera. Yg cedera parahnya adalah kereta abg ak. Dia bawa laju la tu..Hancur bahagian sisi depan. Hancur luluh hati ak bila tengok kereta tu kat bengkel di Klang pg tadi.. Kereta tu, kami 1famili sgt2 la sayang. Kami xpenah bg accident langsung sejak dr beli kreta tu lebih kurang hampir 7tahun.. Aduhai..